Klinik Desa Murni (KDM) merupakan sebuah klinik kesihatan swasta yang ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 2006. Sejak penubuhannya, KDM komited dalam menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti, profesional dan dipercayai kepada masyarakat setempat.
KDM kini beroperasi di dua cawangan utama iaitu Sungai Dua yang dikenali sebagai KDMSG2 dan Permatang Pauh yang dikenali sebagai KDMPP. Kedua-dua cawangan ini terletak di Seberang Prai, Pulau Pinang bagi memudahkan akses masyarakat mendapatkan rawatan kesihatan yang selesa dan berkualiti.
Klinik ini dimiliki oleh Dr. Azhar Bin Datoβ Haji Ahamad yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan. Operasi klinik turut disokong oleh doktor residen yang berkelayakan, doktor locum serta kakitangan yang terlatih dan berpengalaman dalam memastikan setiap pesakit rawatan dan layanan terbaik.

































